? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, December 6, 2009

Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pada 23-26 November 200 yang lalu, Cikgu telah menghadiri kursus tersebut di Hotel Seri Malaysia, Mersing. Antara yang hadir En. Sariman Husin, Cik Alimah, Jurulatih-Jurulatih Prasekolah di PPD seperti Encik Taufik dan Encik Jefri dan tak lupa Pn. Chee. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah dari Daerah Johor Bahru dan sebahagian kecil dari Batu Pahat.

Kursus menjurus kepada perubahan beberapa elemen penting dalam kurikulum prasekolah.Antaranya ialah:

-Perubahan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) kepada KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan)

-Perubahan elemen "komponen" kepada penggunaan "tunjang"

-Perubahan tumpuan terhadap 3M kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)

-Perubahan beberapa elemen dalam tunjang:
*** Kerohanian dan Moral kepada --> Kerohanian, Sikap dan Nilai
*** Sains dan Matematik --> Sains dan Teknologi

-Pengenalan kepada tunjang-tujang baru
*** Fizikal dan Estetika
*** Kemanusiaan

Diharap perubahan ini akan dapat meningkatkan perkembangan 4M murid-murid prasekolah.

Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pada 23-26 November 200 yang lalu, Cikgu telah menghadiri kursus tersebut di Hotel Seri Malaysia, Mersing. Cikgu mengadirinya bersama suami dan bayi kesayangan Cikgu.

REKABENTUK KURIKULUM

Ada 2 ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu :

1. Kurikulum berasaskan standard 

2. Kurikulum berbentuk modular



Kurikulum Berasaskan Standard

Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Dimana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.



Kurikulum Berbentuk Modular

Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:

1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.



2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur2 dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)

 



6 TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :

  • Tunjang Komunikasi

  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

  • Tunjang Kemanusiaan

  • Tunjang Sains dan Teknologi

  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

  • Tunjang Ketrampilan Diri

Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid2 prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M. 4M tersebut ialah :

  • Membaca

  • Menulis

  • Mengira

  • Menaakul

Peruntukan Masa Bagi Prasekolah bermula 2010



Slide 1









MODUL

% Peruntukan Masa

TERAS ASAS

BAHASA

BM





Fleksibel

(Awal tahun: 35 %

Akhir tahun: 25%)

BI

BC/BT

MATEMATIK

AKTIVITI  LUAR

PEND. ISLAM / MORAL

BERTEMA

MODUL BERSEPADU

Fleksibel

(Awal tahun: 35%

Akhir tahun: 45%)





AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI 

 (baca doa, makan, refleksi)

30%



Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:



Slide 1






Bil.

Bahasa Instruktional

Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya:

(minit)

Bahasa Malaysia

Bahasa Pengantar lain

1

Bahasa Malaysia

600

400

2

Bahasa Inggeris

600

400

3

Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris





400





JUMLAH

1200

1200



Peruntukan Masa 1 Minggu untuk Prasekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia :



Slide 1














Bil.

Modul

Peruntukan Masa Seminggu untuk  prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit)

Dijalankan dalam BM

Dijalankan dalam BI

1

Rutin pagi

30

20

2

Perbualan Pagi

60

40

3

Rehat

90

60

4

Refleksi sebelum balik

30

20

5

Modul Teras Asas Bahasa Malaysia

90





6

Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM    

100





7

Modul Teras Asas Bahasa Inggeris





90

8

Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI





330

9

Pendidikan Islam/Pendidikan Moral









10

Aktiviti Luar

40

40

11

Matematik

40





Jumlah minit seminggu

600

600



Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :



Slide 1















Bil.

Bidang Pembelajaran

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM

(minit)

Dijlnkan dlm BM

Dijlnkan dlm BI

Dijlnkan dlm BC/BT

Jumlah

1

Rutin pagi *

10

20

20

10 x 5 = 50

2

Perbualan Pagi

20

40

40

20 x 5 = 100

3

Rehat

30

90

30

30 x 5 = 150

4

Refleksi sebelum balik

10

20

20

10 x 5 = 50

5

Modul asas BM

90









90

6

Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM

200









200

7

Modul asas BI





90





90

8

Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI





140





140

9

Modul asas BC/BT









90

90

10

Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam









120

120

11

Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI)

40





40

80

12

Matematik









40

40

Jumlah minit seminggu

400

400

400

1200



* Rutin Pagi :

Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin pula merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).