Pada 23-26 November 200 yang lalu, Cikgu telah menghadiri kursus tersebut di Hotel Seri Malaysia, Mersing. Antara yang hadir En. Sariman Husin, Cik Alimah, Jurulatih-Jurulatih Prasekolah di PPD seperti Encik Taufik dan Encik Jefri dan tak lupa Pn. Chee. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah dari Daerah Johor Bahru dan sebahagian kecil dari Batu Pahat.
Kursus menjurus kepada perubahan beberapa elemen penting dalam kurikulum prasekolah.Antaranya ialah:
-Perubahan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) kepada KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan)
-Perubahan elemen "komponen" kepada penggunaan "tunjang"
-Perubahan tumpuan terhadap 3M kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
-Perubahan beberapa elemen dalam tunjang:
*** Kerohanian dan Moral kepada --> Kerohanian, Sikap dan Nilai
*** Sains dan Matematik --> Sains dan Teknologi
-Pengenalan kepada tunjang-tujang baru
*** Fizikal dan Estetika
*** Kemanusiaan
Diharap perubahan ini akan dapat meningkatkan perkembangan 4M murid-murid prasekolah.
Sunday, December 6, 2009
Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Posted by Cikgu Mira at 10:41 AM 0 comments
Labels: Kursus dan Mesyuarat
Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Pada 23-26 November 200 yang lalu, Cikgu telah menghadiri kursus tersebut di Hotel Seri Malaysia, Mersing. Cikgu mengadirinya bersama suami dan bayi kesayangan Cikgu.
- Tunjang Komunikasi
- Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
- Tunjang Kemanusiaan
- Tunjang Sains dan Teknologi
- Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
- Tunjang Ketrampilan Diri
- Membaca
- Menulis
- Mengira
- Menaakul
MODUL | % Peruntukan Masa | ||
TERAS ASAS | BAHASA | BM | Fleksibel (Awal tahun: 35 % Akhir tahun: 25%) |
BI | |||
BC/BT | |||
MATEMATIK | |||
AKTIVITI LUAR | |||
PEND. ISLAM / MORAL | |||
BERTEMA | MODUL BERSEPADU | Fleksibel (Awal tahun: 35% Akhir tahun: 45%) | |
AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI (baca doa, makan, refleksi) | 30% |
Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:
Bil. | Bahasa Instruktional | Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya: (minit) | |
Bahasa Malaysia | Bahasa Pengantar lain | ||
1 | Bahasa Malaysia | 600 | 400 |
2 | Bahasa Inggeris | 600 | 400 |
3 | Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris | 400 | |
JUMLAH | 1200 | 1200 |
Bil. | Modul | Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit) | |
Dijalankan dalam BM | Dijalankan dalam BI | ||
1 | Rutin pagi | 30 | 20 |
2 | Perbualan Pagi | 60 | 40 |
3 | Rehat | 90 | 60 |
4 | Refleksi sebelum balik | 30 | 20 |
5 | Modul Teras Asas Bahasa Malaysia | 90 | |
6 | Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM | 100 | |
7 | Modul Teras Asas Bahasa Inggeris | 90 | |
8 | Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI | 330 | |
9 | Pendidikan Islam/Pendidikan Moral | ||
10 | Aktiviti Luar | 40 | 40 |
11 | Matematik | 40 | |
Jumlah minit seminggu | 600 | 600 |
Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :
Bil. | Bidang Pembelajaran | Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM (minit) | |||
Dijlnkan dlm BM | Dijlnkan dlm BI | Dijlnkan dlm BC/BT | Jumlah | ||
1 | Rutin pagi * | 10 | 20 | 20 | 10 x 5 = 50 |
2 | Perbualan Pagi | 20 | 40 | 40 | 20 x 5 = 100 |
3 | Rehat | 30 | 90 | 30 | 30 x 5 = 150 |
4 | Refleksi sebelum balik | 10 | 20 | 20 | 10 x 5 = 50 |
5 | Modul asas BM | 90 | 90 | ||
6 | Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM | 200 | 200 | ||
7 | Modul asas BI | 90 | 90 | ||
8 | Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI | 140 | 140 | ||
9 | Modul asas BC/BT | 90 | 90 | ||
10 | Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam | 120 | 120 | ||
11 | Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI) | 40 | 40 | 80 | |
12 | Matematik | 40 | 40 | ||
Jumlah minit seminggu | 400 | 400 | 400 | 1200 |
* Rutin Pagi :
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin pula merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Posted by Cikgu Mira at 10:41 AM 0 comments
Sunday, November 22, 2009
Posted by Cikgu Mira at 3:28 PM 0 comments
Labels: Berita Prasekolah
Selamat Tinggal Prasekolah SKBU2 2009
Jumaat lalu, 20 November 2009 merupakan hari terakhir Cikgu bersama murid-murid pra Cikgu bagi sesi 2009. Kebetulan pada hari itu, PPM Cikgu, Farhana tidak hadir kerana sakit maka Cikgulah yang mengendalikan kelas itu secara berseorangan.
Bagi waktu rehat, Cikgu bawa mereka ke kantin. Tak ramai, cuma 8 orang sahaja. Maklumlah hari terakhir. Sebenarnya, sejak hampir 5 bulan Cikgu mengemudi kelas ini banyak perkara yang Cikgu telah lalui dan pelajari. Terima kasih kepada Pn. Hjh. Badariah (PK1) yang memberi kepercayaan untuk Cikgu mengendalikan prasekolah SK Bandar UDA (2)
Posted by Cikgu Mira at 3:24 PM 0 comments
Labels: Berita Prasekolah
Friday, November 20, 2009
Kursus Pedagogi Prasekolah Berkesan
(14 November 2009)
Kursus utuk semua guru Prasekolah di Johor. Diadakan di SK Parit Raja, Batu Pahat kendalian En. Sariman Husin (Unit Prasekolah JPNJ)
Posted by Cikgu Mira at 4:58 AM 0 comments
Labels: Kursus dan Mesyuarat
Tuesday, November 17, 2009
Selamat Datang!
Ini adalah entry pertama Cikgu bagi blog Prasekolah SK Bandar UDA (2), Johor Bahru. Selamat datang kepada semua pengunjung. Cikgu ucap terima kasih kerana sudi melawat blog kami ni.
Posted by Cikgu Mira at 4:33 AM 0 comments